Hai. Assalamualaikum. Kaifa halukum? Harap semua sihat sihat belaka. Act, malam ni terasa malas nak tulis entry baru sebab mood sedang melayang entah kemana. Allah. Harap aku dapat kawal perasaan aku ni. Hmm, serabut sangat kepala :'(Em, tapi disebabkan dah janji dengan diri nak tulis entry baru harini, haha , tulis lah jugak. Sambil sambil tenangkan fikiran dengar zikir Hafiz Hamidun. Allahu, Alhamdulillah Tenang *senyum* Selagi bibir ni masih boleh tersenyum, selagi tu aku akan kuatkan hati untuk terus tersenyum. Senyum tu kan sedekah :)
Allah, melalut pulak aku ni. Haha. oke lah, berbalik pada topik aku kalini. Aku nak tanya, selama korang hidup ni lah kan, korang tahu tak maksud bacaan yang korang baca dalam solat tiap tiap hari tu? Cuba tanya diri sendiri. Cuba jawab. Jangan menipu diri sendiri :P Haha . Ada orang yang dah solat berpuluh-puluh tahun lamanya, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (aku mengaku, ianya termasuk aku!). Allahu. Tak hairan lah kalau tak khusyuk dalam solat. Oleh tu, jom samasama kita fahamkan apa maksud bacaan dalam solat kita tu. In shaa Allah. Lakukan transformasi oke? Godd then :) Bismillah. .
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika bangun dari rukuk Allah mendengar pujian orang yang memujinya. Bacaan ketika Iktidal : Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian. Bacaan ketika sujud : Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujian.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah,ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku. angkatlah darjatku. rezekikan daku. Berilah aku petunjuk. Selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera keatas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera keatas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keatas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah, Berilah aku petunjuk sebagaimana orang orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa apa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan. Dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahteralah keatas keluarganya dan sahabat sahabatnya. Salam sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.
Alhamdulillah. Moga moga solat kita diterima Allah, In shaa Allah :)
muslimah. kerana dirimu begitu berharga :')

0 comments:
Post a Comment