Friday 7 June 2013

Erti Bacaan Solat :))

Posted by Unknown at 00:06 0 comments
Hai. Assalamualaikum. Kaifa halukum? Harap semua sihat sihat belaka. Act, malam ni terasa malas nak tulis entry baru sebab mood sedang melayang entah kemana. Allah. Harap aku dapat kawal perasaan aku ni. Hmm, serabut sangat kepala :'(Em, tapi disebabkan dah janji dengan diri nak tulis entry baru harini, haha , tulis lah jugak. Sambil sambil tenangkan fikiran dengar zikir Hafiz Hamidun. Allahu, Alhamdulillah Tenang *senyum* Selagi bibir ni masih boleh tersenyum, selagi tu aku akan kuatkan hati untuk terus tersenyum. Senyum tu kan sedekah :) 

Allah, melalut pulak aku ni. Haha. oke lah, berbalik pada topik aku kalini. Aku nak tanya, selama korang hidup ni lah kan, korang tahu tak maksud bacaan yang korang baca dalam solat tiap tiap hari tu? Cuba tanya diri sendiri. Cuba jawab. Jangan menipu diri sendiri :P Haha . Ada orang yang dah solat berpuluh-puluh tahun lamanya, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (aku mengaku, ianya termasuk aku!). Allahu. Tak hairan lah kalau tak khusyuk dalam solat. Oleh tu, jom samasama kita fahamkan apa maksud bacaan dalam solat kita tu. In shaa Allah. Lakukan transformasi oke? Godd then :) Bismillah. .



 Doa Iftitah

 Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


 Al-Fatihah


Bacaan ketika rukuk

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika bangun dari rukuk Allah mendengar pujian orang yang memujinya. Bacaan ketika Iktidal : Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian. Bacaan ketika sujud : Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujian.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah,ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku. angkatlah darjatku. rezekikan daku. Berilah aku petunjuk. Selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera keatas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera keatas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keatas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, Berilah aku petunjuk sebagaimana orang orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa apa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan. Dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahteralah keatas keluarganya dan sahabat sahabatnya. Salam sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.


Alhamdulillah. Moga moga solat kita diterima Allah, In shaa Allah :)

                          

muslimah. kerana dirimu begitu berharga :')

Thursday 6 June 2013

Sayangi sahabat :'(

Posted by Unknown at 01:48 0 comments
  Bismillahirahmanirrohim ,

Kenangan kawan-II aku ! ngee :)  sudah 4 tahun lebih kami kawan . hmm tapi ada beberapa org rakan yg lain yg dah pindah . hukhuk T_T sedih dih :'( tapi ukhwah masih terjalin sampai sekarang kan kan ? hmm :(

semangat kerjasama harus ada dalam diri .

Ana uhibbukum fillah <3

Melihat Seseorang Berniqab

Posted by Unknown at 00:42 0 comments
 Assalamualamualaikum :)) kaifa halukum ?  hari ini aku nak cerita sedikit tentang aku pergi Mydin semalam . haha ! xD hmm . lepas aku pergi pasar raya Mydin aku ternampak tiga org muslimah ni . Ya Allah ! cantik sangat dia berniqab . hmm dia buat aku rasa ingin mencuba pakai niqab . tapi aku tak nak diri aku pakai niqab krn nk menarik perhatian orang tapi tujuan aku adalah kerana Allah swt . Ya Allah mula2 aku berasa berdosa sangat :'(  aku akan cuba didik diri istiqomah secara perlahan-lahan untuk berniqab  . Bukan senang tahu tak ?   Yang penting nawaitu aku krn Allah bkn krn menunjuk-nunjuk . Ya Allah jauhi laa aku dari sifat riak dan perkara negatif . Amiin :-)

Tuesday 4 June 2013

MALU PADA DIRI SENDIRI

Posted by Unknown at 01:37 0 comments
Apabila berjanji pada itu dan ini pada orang lain, selalunya aku akan tersedar agak lewat bahawasanya aku ini ada keterbatasan. Tidak sempurna, tidaklah juga maksum. Apa yang terjadi sejak kebelakangan ini cukup membuatkan aku tersentak.

Entah rezeki itu dekat, entah rezeki itu jauh.

Aku malu pada diri sendiri.

HIDAYAH AGAMA

Posted by Unknown at 00:19 0 comments
Seterusnya ialah hidayah agama. Hidayah inilah yang menyelamatkan diri kita daripada kesesatan dengan berpegang teguh kepada ajaran Islam dan beriman kepada Allah SWT. Ia dapat mendorong kita melakukan kebaikan dan meninggalkan larangan Allah sekali gus dapat membezakan antara perkara-perkara baik dengan perkara haram.

HIDAYAH NALURI :))

Posted by Unknown at 00:16 0 comments
Hidayah datang dalam pelbagai bentuk. Bentuk yang pertama ialah hidayah naluri (keinginan). Hidayah ini adalah sesuatu yang semula jadi ada pada diri kita sejak dilahirkan ke dunia sebagai contoh, bayi yang baru dilahirkan akan menangis apabila lapar. Nalurinya inginkan makanan bagi menghilangkan rasa lapar. Yang kedua ialah hidayah melalui pancaindera. Semasa kecil, kita dapat mengenali dan membezakan sesuatu perkara dengan menggunakan pancaindera seperti mendengar suara ibu dan ayah atau dapat mengenali sesuatu objek. Kemudiannya hidayah dalam bentuk akal fikiran yang mana ia dikurniakan oleh Allah supaya dapat memandu kita berfikir secara rasional sebelum bertindak.

Keinginan untuk Berubah :))

Posted by Unknown at 00:03 0 comments
Sememangnya sudah fitrah manusia untuk kembali kepada kebenaran meskipun mereka adalah dari golongan seburuk-buruk dan sejahat-jahat manusia. Mungkin sukar untuk percaya, seorang yang digelar 'setan' itu jauh di sudut hatinya ingin menjadi seorang yang baik.Keinginan untuk menjadi baik dan akhirnya menemui laluan ke arah kebaikan itulah sebenarnya yang dinamakan hidayah. Dengan kehendak Allah, hati yang telah ditutupi dan diselaputi dengan dosa dan noda, akan ada sedikit lubang kecil yang hanya dimuati laluan cahaya hidayah Allah untuk ditembusi terus ke dalam hati-hati manusia yang terpilih.

Sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nur ayat 35 yang bermaksud,


"Allah (memberi) nur (cahaya) langit dan bumi. Umpama cahaya-Nya seperti sebuah lubang di dinding rumah, di dalamnya ada pelita. Pelita itu di dalam gelas. Gelas itu seperti bintang yang berkilauan. Pelita itu dinyalakan dengan minyak pohon yang diberkati iaitu minyak zaitun yang (tumbuh) bukan di timur dan bukan di barat, minyak itu hampir bercahaya dengan sendirinya meskipun tiada disentuh api. Cahaya berdampingan dengan cahaya. Allah menunjuki sesiapa yang dikehendaki-Nya kepada cahaya-Nya itu. Allah menunjukkan beberapa contoh untuk manusia. Allah mengetahui setiap sesuatu."

Monday 3 June 2013

Saja-Saja :))

Posted by Unknown at 02:32 0 comments
Assalamualaikum w.b.t :)) Hari ini merupakan hari menggembira dalam hidup den oh :)) ngee ...Semalam hari ulang tahun den yang ke-16 oh . Tak ku sangka den dah besar lagi-II tahun depan dah nak SPM , gerun betol laa dengar dah nak SPM pada tahun 2014 . Harap2 diri ku ini akan menjadi pelajar yg mumtaz dalam pelajaran dunia dan di akhirat . Amiin <3 ok laa  tu je kut nak tulis . hehe :D      
     Assalamualaikum w.b.t 
 

Miss Fa_zana Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea