Friday 22 November 2013

Akak Nur Maisarah binti Abdul Ghani xD

Posted by Unknown at 02:25 0 comments
Assalamualaikum wbt :)

    Pertama kali ,terima kasih sesiapa yang baca blog aku. Maklumlah baru nak berjinak . *senyum . Alhamdulillah ,segala puji baji Allah  :D sebenarnya aku nak cerita seorang kakak yang sangat baik,pandai,cantik,comel :) Namanya kak Nur Maisarah. Haa sedappkan nama kakak tu ;) umur akak tu 17 tahun . Tahun ni akak tu SPM dan akak tu sedang SPM.hehe Doakan akak tuu supaya dipermudahkan segala urusan semasa menjawab paper dilembutkan juga hati penanda yang menanda nati dan tidak lupa batch 1996 tang lain juga. In shaa ALLAH . Kak Maisa can do it ! ehh nak tahu ,akak ni duduk Kelantan jauhh sangat :'( kalau dekat boleh jumpa :) takpe in shaa ALLAH ada rezeki Naa janji akan jumpa akk dkt sana . Tunggu Naa besar hehe . Akak maisa seorang pelajar Maahad Muhammadi Perempuan. In shaa Allah akk blh jadi penyambung generasi Nik Madihah. *ehh saya pun sama *dan semua student :D .. Bitaufiq wannajah kak maisa . Saya sentiasa doakn akk yg terbaik :)


               *nak tengok gambar akk tuhh ....
                loadingggg.....
                     

Taraaaa. Ini lah akk tuh :D hehe 
Bitaufiq wannajah kak Nur Maisarah binti Abdul Ghani 
uhibbuki <3






syukrann ,
wassalam ..

Wednesday 20 November 2013

Saja-saja pasal sekolah ^_^

Posted by Unknown at 08:45 0 comments
Assalamualaikum wbt :)

    Bila hitung-hitung dah 3 tahun 11 bulan lebih dah aku bersekolah dekat Sek.Men Agama Repah,Tampin atau nama singkatan *SMART .Hee  xD tahun depan aku SPM weyhh >.< okayy persediaan awal ialah Siti Noor Farzana binti Borhan bin Manan bin Subuh kena rajinnn ya ? baiklah ! hee xD panjang nama aku kan ? takde lah :P
 nampak tak ? mana satu aku ? heee tak nampak kan. cuba teka.Bagi seposen >.<
Itu gambar kelas aku 4 Abu Bakar seramai 28 orang.
6 lelaki dan dan 22 perempuan. Ramai perempuan  berbanding lelaki.

 memang takde kerja. hee xD 
*sesajooo

 haa ini senior aku masa sekolah menengah dulu.Lama tak jumpa.Sekarang akak ni dekat Matrikulasi pulau pinang. Umur baru 18. *bijak *peramah *lemah lembut *Tudung coklat tu namanya kak Amani
 Ini amira :) dulu dia classmate and dormmate aku. Sekarang dia dah pindah sekolah selangor.Rindu diaa <3 Dia baik sangat *pandai *pelajar cemerlang  dan semuanya
uhibbuki Amira Syahirah <3


Syuhaidah ! dia classmate aku :) comel kan dia ? sama-sama budak addmath. Dia baikk hari tu dia bagi aku coklat cadbury besar dekat aku. lepas tu aku peluk dia sebab bagi hadiah. *ayat skema pulak :3 hehe 
#btw syuhaidah syukrann tau dah banyak kau bagi aku hadiah.sayang kau >.<
uhibbuki aidhon <3



Jika ada salah silap mohon maaf ya ?  *senyum


syukrann ,
wassalam..

Novel :)

Posted by Unknown at 08:02 0 comments
Assalamualamualaikum wbt :)

        Hari ni baru je khatam baca novel Cinta high Class penulis dia haaa siapa ? *USTAZAH FATIMAH SYARHA.Aku minat sangat2 tahap gaban buku tu . Banyak moral aku dapat dalam buku tu :) Banyak mengajar diri aku yang masih dahagakan ilmu. Sedikit ,ehh banyak juga buku tu kata kita mestilah jadikan ilmu itu sebagai sahabat sejati,kawan rapat dan lain-lain.Best ! lagi ?  Bila baca buku aku jadi semangat untuk belajar. Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH :) nanti beli baca ehh ?


nak tengok novel tu ? nahh ambil laaaa .....
loadingggg.........


syukrann,
wassalam ..

Jatuh Cinta ??

Posted by Unknown at 06:46 0 comments


Muslimah solehah jatuh Cinta?

Tiada yang pelik, mereka juga adalah manusia.
Bukankah cinta itu adalah fitrah manusia?

Tapi layakkah muslimah solehah jatuh cinta?

Mereka juga punya hati dan rasa.
Tetapi tahukah kalian betapa berbezanya mereka ketika cinta seorang lelaki menyapa hatinya? 

Tiada senyuman bahagia, tiada rona malu di wajah, tiada perasaan suka di dada. Namun sebaliknya.

Ketika muslimah jatuh cinta,
yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat,
atas sebuah hijab yang tersingkap.

Ketika lelaki yang tak halal baginya,
bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tidak lagi suci

Ketika rasa rindu mulai bermain di hatinya,
yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperi akan sebuah rasa yang tak semestinya. Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu. Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai. Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah. Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit.

Ketika muslimah jatuh cinta,
bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauhdari orang tersebut. Tiada kata-kata cinta dan rayuan. Yang ada adalah kekhuatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal ataupun mungkin yang tak akan pernah halal baginya.

Ketika mereka jatuh cinta
maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yang tidak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh. Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya. Bahkan jika cinta dia harusmenghilang, maka itu pun akan dilakukan.

Alangkah kasihannya jika muslimah jatuh cinta,
kerana yang ada adalah penderitaan. 

Tetapi saudari, bersabarlah.
Jadikan ini ujian dari Rabbmu. Matikan rasa itu secepatnya. Pasang tembok pembatas antara kau dan dia. Pasangkan duri dalam hatimu, agar rasa itu tidak tumbuh bersemai. Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap. Putarkan balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya. Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu.

Saudari, janganlah khuatir kau akan kehilangan cintanya. Kerana jika memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu.

Tetapi ketahuilah,
bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tidak menghendakinya, 
maka tidak akan boleh kalian bersatu.

Saudari, bersabarlah.
Biarkan Allah yang mengaturnya. Maka yakinlah, semuanya akan baik-baik sahaja. Semuanya akan indah pada waktunya.


"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-sinar ,tetapi tidak melihat apa-apa"



Monday 18 November 2013

Random

Posted by Unknown at 23:08 0 comments
Assalamualaikum wbt :)

        sihat ? amacam cuti panjang ni ? memang dgn buku always lah . haha :) sebab tahun depan 2014 aku ,kawan2 aku dan batch 1997 bakal menduduki SPM :o  .Bila cakap about exam gegar lutut .Hehe :D sebab itu kena buat persediaan awal supaya tak tergopoh-gopoh tahun depan baca buku last2 minit . Aku lah tu >.<  oakyy aku sedar masa begitu cemburi . Azam aku dari sekarang mesti rajinn >.< RAJIN~RAJIN~   Go Farzana you can do it !  I must be diligent from now. Now this is when I've got time to learn the benefits and make love with knowledge.  I know  Siti Noor Farzana binti Borhan can excel range Nik Madihah, you should get all A + in all subjects. Sekarang ilmu itu aku kene jadi sebagai peneman hidup ku forever. MUST ! Aku berharap boleh menguasai all subjek 10 A+ for SPM2014 . Doakn aku ya ?kawan2 aku dan tak lupa diri kau juga ;) amiin






waalhualam,
wassalam .

Sahabat Aku Sayangg :)

Posted by Unknown at 23:07 0 comments

Assalamualaikum wbt :) 


wassup world
entry kali nie special untuk mereka yang bergelar sahabat aku..
sahabat yang sentiasa bersama aku walaupun kami berjauhan..
sahabat yang menerima aku apa ada nya aku..
masih bersama aku di kala aku melakukan kesilapan..
bersama aku disaat aku memerlukan mereka..
sahabat yang selalu lepak dengan aku dari pagi sampai petang
*ok, nie yang penting..haha*
big thanks untuk korang semua..
dengan korang aku belajar apa itu erti persahabatan..
dengan korang aku belajar apa itu erti sahabat sejati..
sesungguhnya persahabatan yang kekal untuk selama-lama nya itu lebih indah dari segala-galanya..
sahabat..one thing you must know 
I LOVE YOU MORE THAN YOU LOVE ME
*trademark aku*
aku harap sangat persahabatan kita kekal untuk selamanya hingga JANNAH..
insyaALLAH..insyaALLAH..insyaALLAH..
tak lupa jugak untuk sahabat-sahabat aku dekat uia



sayang korang ketat-ketat

 ♥ syamimi  

 ♥Fadzilah  
 ♥ shuhada  
 ♥ Atikah Saad  
 ♥ husna  
 ♥ Atikah Lokman  
 ♥ syazana
 ♥ Hanan  
 ♥ Asmida 
 ♥ syuhaidah 
 farah  
 ♥ radzimah  

♥ tina 
 ♥hafizah  
 ♥ zulaiha  
 ♥ atikah rosali  
 ♥ nurin 
 ♥ norizan  
 ♥ farahain  
 ♥ syira  
 ♥ fatini 
 ♥ qalbi 


Atikah+Farahain+Fadzilah+Atikah Saad :)
sebelah tikah tu tak perasan loh , lodingggg...

Syamimi+syiraa :D
budak kedal hebadd lukiss meyhh :)

Syira+hafizah+atiqah Md zain :)
memories with atiqah :'( 

 zulaiha+atiqah md zain+farahaian :)
cat kelas bersama. wuuu~ hebadd dia

itu aku ! hehe 
saat bersama sahabat2 yang  baik2 belaka <3




Terima kasih sahabatku kerana mengajar aku erti persahabatan,erti ukhwah yang terjalin selama ini . uhibbuki fillah until jannah. Terima kasih kerana banyak memberi nasihat kepada aku. All the BEST ! DEBATE !! 

syukrann,
wassalam :)

Saturday 21 September 2013

Kerja Khusus ku ..... :'(

Posted by Unknown at 08:53 0 comments
 Assalamualaikum warahmatullah ....

Lama daa tak entry . Huuu ~ sibuk sangat baaa :3 hee ,  hari ni merupakan hari yang sangat tertekan seba...b , nak menyiapkan kerja khusus Prinsip Akaun Form 4 .Banyak sangat ,pening sangat2 kepala agak2 nya begini yaa pekerjaan akauntan/ audit account ,sangat2 tertekan bila jawapan tak diketemui . 

     Kerja Akaun aku baru siap urus niaga ,dokumen then nak masuk dalam jurnal ,lejar then terus imbangan duga ... waaa~ nak buat setiap tu pun memerlukan banyak rujukan , kalau salah habis semua salah pengiraan akaun .

    STUDY SMART ~ Assobruu..

Monday 16 September 2013

IN MEMORIES WITH ATIQAH :-(

Posted by Unknown at 01:29 0 comments
    Assalamualaikum warahmatullah :-)

Kaifa haluki/haluka ? Hari ini aku nak cerita kesedihan yang tak dapat dibendung dalam hati ini . Seorang sahabat aku yang bernama Atiqah binti Md Zain yang sudah berpindah di sekolah barunya di Sek.Men Agama Rembau, ... Dia merupakan sahabat yang tidak dapat aku lupakan kerana dia merupakan sahabat yang sangat memahami dan lembut dari segi fizikalnya . Ya Allah , lepas ini ana mungkin tidak akn bertemu dengan dia lagi :'(  mungkin di IPT in shaa Allah . Kini di kelas 4 Abu Bakar mempunyai 29 student banat wa banin ..... setelah kehilangan seorang sahabat yang disayangi kini perjuangan untuk belajar di jalan Allah perlu diteruskan . ye ?  Nak tengok gambar dia tak ?? sekejab yaaa .... loaaadinggg ....


Haa gambar yang first tu yang tengah berdiri dari kiri nombor 3 , gambar seterusnya belah kanan nombor 2 . Tulaa dia ..

   Okay laa , selamat berjuanng sahabat yang ana sayangi . Fi hifzillah .

 Assalamualaikum warahmatullah ;-)

Saturday 17 August 2013

OH Asrama Sudah Memanggil :D

Posted by Unknown at 22:49 0 comments
Petang ini bermulalah ramai pelajar untuk pulang ketempat masing-masing :) takpa belajar pun merupakan jihad kan sahabat ? hee :D yang penting kita betulkan niat pasang betul2 dalam hati niat kita tu .Jika niat kita kerana Allah in shaa Allah pasti memperoleh pahala dan ganjarannya . Mudah-mudahan .Pesanan juga buat diriku yang lemah ini supaya diriku ini akan menjadi seorang yang solehah. Amiin (: okay lah lagi berapa jam,minit dan saat ku akn pulang ke hostel :') Fi hifzillah sahabat2 ku sayang <3 Assalamualaikum wbt .

Saturday 6 July 2013

MAHRAJAN MEMANAH (Peringkat Negeri)

Posted by Unknown at 08:09 0 comments
 Assalamualaikum wbt . Hari ini aku nk cerita sedikit tentang pengalaman semasa aku pergi memanah <3 . Alhamdulillah , aku bersyukur sgt sbb terpilih dlm mahrajan memanah tu ^^ * senyum * hehe . Sekolah aku menghantar pelajar seramai 2 orang untuk memanah tu . Sorang lelaki dan sorang perempuan ,best sangat lagi-lagi memanah ni sunnah Rasullullah SAW . Alhamdulillah ya Allah (:  selama 3 hari aku lawan memanah dgn sekolah lain kesemua nya hebad2 belaka . Aiwaaa ^^ *keriangan* Time tu semua sekolah Negeri Sembilan turun untuk musabaqoh tu (: masa aku lawan mahrajan memanah tu aku ada kenal seorang sahabat bernama Madihah sebaya dgn aku ,dari Sekolah Menengah Agama Dato Haji Mohd Yatim  . Dia baik kott !  suara lembut je ^^ alhamdulillah   . Aku ingat lagi masa shoot arrow , arrow aku tersasar masa nk shoot pada sasaran nya . *ketawa*  mungkin cahaya matahari silau .  Masa pergi memanah tu kitaorang mesti ada sikap kerjasama setiap sekolah . Pengalaman best dan the best <3 *simpan dalam memori* haaa *hehe*

Friday 7 June 2013

Erti Bacaan Solat :))

Posted by Unknown at 00:06 0 comments
Hai. Assalamualaikum. Kaifa halukum? Harap semua sihat sihat belaka. Act, malam ni terasa malas nak tulis entry baru sebab mood sedang melayang entah kemana. Allah. Harap aku dapat kawal perasaan aku ni. Hmm, serabut sangat kepala :'(Em, tapi disebabkan dah janji dengan diri nak tulis entry baru harini, haha , tulis lah jugak. Sambil sambil tenangkan fikiran dengar zikir Hafiz Hamidun. Allahu, Alhamdulillah Tenang *senyum* Selagi bibir ni masih boleh tersenyum, selagi tu aku akan kuatkan hati untuk terus tersenyum. Senyum tu kan sedekah :) 

Allah, melalut pulak aku ni. Haha. oke lah, berbalik pada topik aku kalini. Aku nak tanya, selama korang hidup ni lah kan, korang tahu tak maksud bacaan yang korang baca dalam solat tiap tiap hari tu? Cuba tanya diri sendiri. Cuba jawab. Jangan menipu diri sendiri :P Haha . Ada orang yang dah solat berpuluh-puluh tahun lamanya, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (aku mengaku, ianya termasuk aku!). Allahu. Tak hairan lah kalau tak khusyuk dalam solat. Oleh tu, jom samasama kita fahamkan apa maksud bacaan dalam solat kita tu. In shaa Allah. Lakukan transformasi oke? Godd then :) Bismillah. .



 Doa Iftitah

 Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


 Al-Fatihah


Bacaan ketika rukuk

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika bangun dari rukuk Allah mendengar pujian orang yang memujinya. Bacaan ketika Iktidal : Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian. Bacaan ketika sujud : Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujian.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah,ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku. angkatlah darjatku. rezekikan daku. Berilah aku petunjuk. Selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera keatas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera keatas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keatas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, Berilah aku petunjuk sebagaimana orang orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa apa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan. Dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahteralah keatas keluarganya dan sahabat sahabatnya. Salam sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.


Alhamdulillah. Moga moga solat kita diterima Allah, In shaa Allah :)

                          

muslimah. kerana dirimu begitu berharga :')

Thursday 6 June 2013

Sayangi sahabat :'(

Posted by Unknown at 01:48 0 comments
  Bismillahirahmanirrohim ,

Kenangan kawan-II aku ! ngee :)  sudah 4 tahun lebih kami kawan . hmm tapi ada beberapa org rakan yg lain yg dah pindah . hukhuk T_T sedih dih :'( tapi ukhwah masih terjalin sampai sekarang kan kan ? hmm :(

semangat kerjasama harus ada dalam diri .

Ana uhibbukum fillah <3

Melihat Seseorang Berniqab

Posted by Unknown at 00:42 0 comments
 Assalamualamualaikum :)) kaifa halukum ?  hari ini aku nak cerita sedikit tentang aku pergi Mydin semalam . haha ! xD hmm . lepas aku pergi pasar raya Mydin aku ternampak tiga org muslimah ni . Ya Allah ! cantik sangat dia berniqab . hmm dia buat aku rasa ingin mencuba pakai niqab . tapi aku tak nak diri aku pakai niqab krn nk menarik perhatian orang tapi tujuan aku adalah kerana Allah swt . Ya Allah mula2 aku berasa berdosa sangat :'(  aku akan cuba didik diri istiqomah secara perlahan-lahan untuk berniqab  . Bukan senang tahu tak ?   Yang penting nawaitu aku krn Allah bkn krn menunjuk-nunjuk . Ya Allah jauhi laa aku dari sifat riak dan perkara negatif . Amiin :-)

Tuesday 4 June 2013

MALU PADA DIRI SENDIRI

Posted by Unknown at 01:37 0 comments
Apabila berjanji pada itu dan ini pada orang lain, selalunya aku akan tersedar agak lewat bahawasanya aku ini ada keterbatasan. Tidak sempurna, tidaklah juga maksum. Apa yang terjadi sejak kebelakangan ini cukup membuatkan aku tersentak.

Entah rezeki itu dekat, entah rezeki itu jauh.

Aku malu pada diri sendiri.

HIDAYAH AGAMA

Posted by Unknown at 00:19 0 comments
Seterusnya ialah hidayah agama. Hidayah inilah yang menyelamatkan diri kita daripada kesesatan dengan berpegang teguh kepada ajaran Islam dan beriman kepada Allah SWT. Ia dapat mendorong kita melakukan kebaikan dan meninggalkan larangan Allah sekali gus dapat membezakan antara perkara-perkara baik dengan perkara haram.

HIDAYAH NALURI :))

Posted by Unknown at 00:16 0 comments
Hidayah datang dalam pelbagai bentuk. Bentuk yang pertama ialah hidayah naluri (keinginan). Hidayah ini adalah sesuatu yang semula jadi ada pada diri kita sejak dilahirkan ke dunia sebagai contoh, bayi yang baru dilahirkan akan menangis apabila lapar. Nalurinya inginkan makanan bagi menghilangkan rasa lapar. Yang kedua ialah hidayah melalui pancaindera. Semasa kecil, kita dapat mengenali dan membezakan sesuatu perkara dengan menggunakan pancaindera seperti mendengar suara ibu dan ayah atau dapat mengenali sesuatu objek. Kemudiannya hidayah dalam bentuk akal fikiran yang mana ia dikurniakan oleh Allah supaya dapat memandu kita berfikir secara rasional sebelum bertindak.

Keinginan untuk Berubah :))

Posted by Unknown at 00:03 0 comments
Sememangnya sudah fitrah manusia untuk kembali kepada kebenaran meskipun mereka adalah dari golongan seburuk-buruk dan sejahat-jahat manusia. Mungkin sukar untuk percaya, seorang yang digelar 'setan' itu jauh di sudut hatinya ingin menjadi seorang yang baik.Keinginan untuk menjadi baik dan akhirnya menemui laluan ke arah kebaikan itulah sebenarnya yang dinamakan hidayah. Dengan kehendak Allah, hati yang telah ditutupi dan diselaputi dengan dosa dan noda, akan ada sedikit lubang kecil yang hanya dimuati laluan cahaya hidayah Allah untuk ditembusi terus ke dalam hati-hati manusia yang terpilih.

Sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nur ayat 35 yang bermaksud,


"Allah (memberi) nur (cahaya) langit dan bumi. Umpama cahaya-Nya seperti sebuah lubang di dinding rumah, di dalamnya ada pelita. Pelita itu di dalam gelas. Gelas itu seperti bintang yang berkilauan. Pelita itu dinyalakan dengan minyak pohon yang diberkati iaitu minyak zaitun yang (tumbuh) bukan di timur dan bukan di barat, minyak itu hampir bercahaya dengan sendirinya meskipun tiada disentuh api. Cahaya berdampingan dengan cahaya. Allah menunjuki sesiapa yang dikehendaki-Nya kepada cahaya-Nya itu. Allah menunjukkan beberapa contoh untuk manusia. Allah mengetahui setiap sesuatu."

Monday 3 June 2013

Saja-Saja :))

Posted by Unknown at 02:32 0 comments
Assalamualaikum w.b.t :)) Hari ini merupakan hari menggembira dalam hidup den oh :)) ngee ...Semalam hari ulang tahun den yang ke-16 oh . Tak ku sangka den dah besar lagi-II tahun depan dah nak SPM , gerun betol laa dengar dah nak SPM pada tahun 2014 . Harap2 diri ku ini akan menjadi pelajar yg mumtaz dalam pelajaran dunia dan di akhirat . Amiin <3 ok laa  tu je kut nak tulis . hehe :D      
     Assalamualaikum w.b.t 
 

Miss Fa_zana Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea